Tuesday, July 27, 2010

Once Upon a Times....

Melihat akan keadaan diriku hari ini.. pasti ramai yang tak menyangka aku juga punya kisah cinta yang tak kesampaian... Cinta??? satu ketika dahulu pernah ku cuba untuk membuangnya jauh... Jauh dari hidupku... Bagiku cinta hanyalah manis dibibir sahaja.. Cinta lelaki? owhh tak payah cakaplah.. Selepas kekecewaan lalu.. aku tekad utk membenci cinta... membenci lelaki...

Tapi itu suatu ketika dulu... 4 tahun sudah berlalu... hatiku tak pernah sunyi walaupun tanpa kehadiran insan yang bergelar lelaki... Bohonglah kalo aku katakan tidak pernah terlintas langsung perasaan cemburu apabila melihat kemesraan pasangan bercouple.. Tapi hatiku begitu keras menafikan persoalan yang sering hadir sesekali dibenakku... Aku sibukkan diri dengan bekerja.. tambahan pulak kerjaku memerlukan commitmentku 100% kerana aku bertugas sebagai Creadit Controller disebuah Hospital Swasta di Pulau Pinang. Kerjaku melibatkan akaun pesakit.. so aku kena la berhati2x dan pantas mendapatkan GL dari insurance pesakit2x yg adakalanya memerlukan pesakit membuat pembedahan segera.. Sedikit sebanyak menyibukkan diri dengan pekerjaanku membuatkan aku lupa sekejap.. membuatkan aku hidup hanya untuk bekerja.. dan bekerja..

Dalam kesibukkan aku mengejar kerjaya.. aku telah mengabaikan insan yang selama ini menjaga, mendidikku.... dari kecilku hingga dewasa..dan byk memberi perangsang dan semangat utk aku meneruskan hidup...insan itu adalah ibuku.. Norhaini Binti Salleh... ibu... andainya masa dapat ku undurkan.. ingin sekali rasanya hidup disamping ibu... Ya allah.. besar sungguh dosaku pada ibu rasanya.... Pada 29hb Jan 2007 allah swt telah menjemput ibuku kembali kerahmatullah... Segali lagi aku diuji.. Cinta yang ku anggap kekal sekali lagi dirampas... Ibu aku belum bersedia untuk kehilanganmu... Sungguh aku tidak bersedia ibu...

Cinta? masih adakah cinta untukku? seringkali aku tertanya sendiri.. Ya ayah.. aku masih punya ayah.. Kalolah cinta itu seindah Fairy Tales.. that in the end "We will happilly ever after" emm Ada tapi bila..? Rahsia.. allah swt.. allah ambil sesuatu dari kita tak bermakna dia tak menyayangi kita.. Inilah rahsia allah.. Kepada kawan2x yang diluar sana percayalah.. Kita manusia hanya mampu merancang.. tetapi allah s.w.t yang menentukan... Untuk yg pernah kecewa dalam bercinta.. janganlah serik untuk memulakannya semula =)

love is hard to find, because if it is easy, u won't appreciate it.. so be patient.. u'll find the one who u will love and will love u too.. and your life will be beautiful even on the rainy days.. :)




No comments:

Post a Comment